mereka pening memikirkan cara untuk membayar yuran pengajian ain nanti,
namun mereka cuba ubati kerisauan ain dengan berkata kepada ain
" jangan risau, memang tanggugjawab ummi & ayah utk buat semua ni demi anak - anak"
RM 2507.00 bukan nyer sikit bagi kami..
lagi - lagi setelah keluarga kami diberi ujian oleh Allah..
dengan mesin cuci karpet ayah hilang dicuri, karpet pun dicuri...
semua itu bukan barang yang murah,,
ayah & ummi terpaksa menggunakan sebahagian duit yang telah mereka simpan utk biayai ain nanti.
ain rasa marah dan tidak puas hati akan tindakan pencuri tuh, tak takut dosa ke,,!
bagi ain barang yang hilang itu penting kerana..'
jika tiada mesin cusi karpet itu, bagaimana ayah nak basuh karpet, lantas bagaimana ayah nak sara kewangan sampingan kami nanti...
jika karpet yang hilang tidak diganti, ayah akan hilang kepercayaan dari pelanggannya,
ain cuba untuk menangguhkan bayaran yuran itu, namun tidak boleh..
ain rasa bersalah sangat, sbb ain tidak dapat bantu sebaik mungkin utk mereka berdua.
ain rasa ain dah galas tanggungjawab yang besar sebagai anak sulung dalam keluarga,
ain rasa macam serba salah untuk teruskan pengajian jika kerana yuran itu mereka susah hati
bukan senang menjadi kakak,
bukan senang menjadi anak pertama yang bakal mengubah status keluuarga nanti,
bukan senang untuk memulakan hidup di tempat pengajian baru,
namun semua itu akan jadi mudah jika,
setiap perbuatan dimulakan dengan niat yang betul dan ikhlas,
setiap perbuatan itu diredhai oleh ibu bapa, lantas diredhai oleh Allah S.W.T,
setiap perbuatan itu diiringi doa, usaha & tawakkal kepada Allah S.W.T,
setiap perbuatan itu dimulakan dengan bismillah,
Insyaallah,
ain akan ubati kepeningan yang dihadapi oleh ummi & ayah dengan kejayaan ain nanti,
ain akan cuba ganti duit mereka dengan duit biasiswa ain,
ain akan cuba sehabis baik utk penuhi hajat mereka sehabis baik,
hanya doa dan keberkatan dari mereka akan memberi sinar bahagia kepada ain kelak, aminnn..
" bersusah - susah dahulu, bersenang- senang kemudian "
"bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah "
" man jadda wajada, wa man zaronga ila hasoda , Insyaallah "
No comments:
Post a Comment